Hye semua! Follow blog Dayana yeh.. hope doakan Dayana berjaya. syg semua!

Jom chat!!

Saturday, January 2, 2010




Setelah hampir dua bulan bersaing, akhirnya, hanya tinggal enam peserta 'Idola Kecil 2' yang akan melangkah ke pusingan akhir pertandingan yang bakal berlangsung pada 2 Januari 2010 di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam.

Selepas pengunduran Sam Khor diikuti penyingkiran Fienaz, Nurul dan Jiha, kanak-kanak cilik yang bakal memberikan persembahan terbaik mereka pada malam debaran tersebut adalah Azzam, Arill, Dayana, Ain, Maulud dan Tasha.

Tetapi hanya seorang saja yang akan dinobatkan sebagai juara. Jika nak tahu siapa, jangan lupa menonton siaran langsung finale 'Idola Kecil 2' pada jam 9 malam di TV9 pada 2 Januari ini (pada hari ini)



SEBELUM TUE APA KATA KITA ENJOY VIDEO DAYANA.. EDITED BY KAMARUL..
KENANG KEMBAIL PERJALANAN DAYANA DARI AWAL HINGGA SEKARANG..



Doakan DAYANA berjaya~!!
.


Friday, January 1, 2010



ASSALAMUALAIKUM SEMUA!! diam x diam.. akhirnya tahun 2010 menjengah kita..... 2009 meninggalkan kita.. harap setiap orang mempunyai azam baru dalam apa jua yang mereka inginkan.. sama ada azam nk berubah menjadi lebih baik dari tahun lepas.. atau.. nak berjaya mcm anak-anak kat IK2 nie.. mesti target diorang nak jadi juara.. bak kata pepatah MILO.. kami JUARA!! hehe....... mmm....... GOOD LUCK PADA SEMUA!! bagi yang ada azam atau matlamat.. pastikan matlamat anda itu boleh diukur (measureable) bagi mengukur tahap mana kita boleh mencapai apa yang kita nakkan pada 2010 ini!! Good LuCk to Adik-adik dans semua fans Dayana...



OKEYLAH TANPA KITA MEMBUANG MASA.. Kita teruskan dengan tujuan asal.. iaitu dimana konsert ini akan diadakan...





TARIKH = 02 JANUARI 2010

TIKET = TERHAD BAGI SIAPA YANG DATANG AWAL

MASA= SEBELUM PUKUL 7 MLM.. SEBAB NAK KUMPULKAN SEMUA PEMINAT DAYANA PADA SATU TEMPAT

PAKAIAN= PAKAIAN DAYANA FC IAITU T-SHIRT WARNA OREN ATAUPUN JIKA TIADA PAKAI-PAKAIAN YANG BERWARNA OREN OKEY..

DIHARAP ANDA SEMUA DAPAT MENHADIRKAN DIRI KE KONSERT FINAL INI BAGI MENYAKSIKAN BINTANG IDOLA KECIL INI BERJAYA MENGGAPAI KE KEMUNCAKNYA!!

NYANYIAN YANG AKAN DINYAYIKAN OLEH DAYANA ADALAH

PERTAMA


LAGU NEW SINGLE CIPTAAN CIKGU ALFA DENGAN TAJUK LAGUNYA SATU IMPIAN



KEDUA

LAGU MILA DENGAN LAGUNYA JIKA KAU UBAH FIKIRAN... JOM KITA LAYAN LAGU MILA DULU...


GOOD LUCK DAYANA!!! I HOPE YOU DO WITH YOUR BEST SAYANG!!!






Tuesday, December 29, 2009

Hye semua.. Harini zack nak tunjukkan kat korang semua hasil dari semalam Press Conference di sunway lagoon.. kepada yang ada facebook mungkin korang semua tahu.. huhu..


jom kita tengok gambar-gambar yang diambil nie.. peace!


Press conference ni diadakan bagi

 memperkenalkan finalis2 peringkat akhir...

 

semoga Berjaya..




ada lagi..




NEXT




NEXT




NEXT





NEXT




NEXT




yang nie best!! HEHE..




HAHAHA,,,,,,




next




HIDUP PENUH SEMANGAT!!

GOOD LUCK TO YOU ALL ADIK-ADIK!!



Hye.. Assalamualaikum semua.. apa khabar semua.. zack minta maaf sebab lambat post tentang konsert ituari.. tapi zack rasa..  ituari erny pun dah update post tentang dayana.. tapi ringkas jelah.. mm.. kat sini zack nak korang semua komen.. apa pendapat korang tentang konsert itu ari?? best gilakan.. memang mantaplah adek dayana kita nie.. hehe.. x padan kecik.. dia punya lincah nya.. dengan nyanyian serta lakonan yang amat menarik hati kita semua.. bestkan haha..x henti-henti ketawa tgok dia joget ngan maulud.. hahahaha....?? so komen-komenlah yeh.. nanti bila dah baca post nie..minggu lepas.. zack ada post yang mengatakan tiga orang akan tersingkir.. zack minta maaf sebab bagi maklumat yang salah.. seharusnya zack x boleh bagi tau mcmtue jer... maafkan zack.. akhirnya.. taukan saper yang tersingkir.. semua orang dah ingat yang akan tersingkir.. maulud.. tapi memang cayalah! mantap maulud! dia berjaya mengekalkan kedudukan dia.. maulud punya talent atas pentas memang x leh lawan.. akhirnya jiha yang terkeluar... saper sangka kan?? tuah manusia..x saper yang tahu.. rezeki masing-masing.... Aminn.....
MAri Kita Lihat.. Siapa Yang Telah Di Highlightkan..








siapa sangka.. jiha seorang yang berbakat.. tapi akhirnya tersingkir pada konser semifinal.. adik jiha.. teruskan perjuanganmu walaupun diluar nanti.. good luck jiha!! kepada peserta Ik2 yang lain2.. teruskan perjuanganmu.. You are the best person to stay with the highest level now.. (haha.. english terabur.. =p)

K'lah paper pun good luck!!!

salam..

Friday, December 25, 2009

Baju Dayana FC!!

Hye3... salam.. Ap khabar semua?? hope sihat sentiasa.. Hari ini.. nak cerita pasal.. Baju Dayana.. bagi fans dayana.. Jika anda menyokong dayana.. tunjukkanlah sokongan anda itu dengan membeli baju ini yeh! cuba kita lihat proses awal hingga akhir editing baju ini.. jom!



Gambar Pertama : Hehe.. ni dah siap dah .. tinggal dalam proses nak bungkus... so camane?? dah nampak? belum nampak ag?? 




 

Gambar kedua: bro yang tengah tekun dalam mempacking barang.. wee~~ rajin bro?? ley naik gaji nie.. ahaks!

 

Gambar Ketiga : Rajin lah bro nie.. akhir bulan saya bayar gaji yeh.. siap bonus sekali. hehe.. ker rajin sebab dayana nie.. hehe..




so

apa yang terjadi nak tengok bajunya??


 


tadaaaa~~~ adik posing cun sikit adik! hehe.. comel x?? comel orang yang posing nya ker atau bajunya yang comel??hehe.. 


nak lagi?


 

wow!! comel lah dayana nie.. tu2.. kat baju tue.. dayana dah kena tampal.. hehe...








 ANDA BERMINAT??



Bg yg berminat bleh la contact Puan Aida (mama Dayana) di 0142325414... sebarang pertanyaan..
Baju rm 30 tak termasuk kos penghantarn , boleh bank in dan  akan pos laju A.S.A.P... sapa-sapa yg berminat call tau..rugi kalau tak beli..kenangan IK takkan dapat di lupakan..

Beli jangan tak beli~~ wee~~~



PESERTA Idola Kecil musim kedua (belakang) Natasha, (tengah dari kiri) Azzamudin, Nurul Ain, Fhazrill, Noranajihah dan Farid. Barisan depan (dari kiri) Dayana, Zur’ain dan Syafienaz.

SENARIO pertandingan yang diadakan di negara ini jika diperhatikan rata-rata lebih condong kepada pertandingan yang membabitkan penglibatan golongan remaja dan dewasa.

Dalam rancak mencari bakat-bakat di kalangan remaja, sedar atau tidak kita seolah-olah lupa akan bakat-bakat yang boleh digilap sedari kecil di kalangan kanak-kanak.

Tidak banyak pertandingan melibatkan kanak-kanak yang dianjurkan oleh stesen-stesen televisyen di negara ini.

Jika ada sekalipun, ialah pertandingan Bintang Kecil yang dianjurkan oleh gergasi penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Itupun tidak diberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat.

Sedar akan kekurangan pelapis dunia seni suara di kalangan si cilik, TV9 mengambil inisiatif dalam mewujudkan rancangan Idola Kecil bagi melahirkan bakat-bakat baru di kalangan kanak-kanak di negara ini.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama pertandingan tersebut diadakan.

Idola Kecil kali pertama dianjurkan tahun lalu dan berjaya mencungkil bakat cilik, Wada atau nama sebenarnya Wan Shuhada Md. Amin sebagai juara sulung rancangan itu.

Terbuka kepada kanak-kanak berusia antara lapan hingga 10 tahun, sekali lagi rancangan itu ke udara dan kali ini 10 lagi peserta bakal berentap merebut gelaran juara Idola Kecil untuk musim yang kedua.

Pertandingan Idola Kecil 2 memulakan siarannya pada 31 Oktober lalu di mana konsert mingguannya bersiaran setiap hari Sabtu pukul 9.30 malam di TV9.

Peserta yang terlibat ialah Syafienaz Shari, 11, Muhamad Fhazrill Fesol, 11, Khor Bin Sam, 12, Nurul Ain Sollehah Anuwar, 11, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, dan Noranajihah Yunus, 12.

Empat lagi peserta ialah Mohd Farid Mohd Azmi, 12, Nurul Natasha Jaffri, 11, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, dan Zur’Ain Abd. Rahim, 12.

Eksekutif Penjenamaan Bahagian Kanak-Kanak TV9, Faiz Zainal Abidin ketika di temui baru-baru ini memberitahu, rancangan tersebut sehingga kini berjaya menarik perhatian ramai. sehingga kini rating yang dicatatkan mencecah 1.17 juta tontonan setiap minggu.

“Ini satu pencapaian yang boleh dikatakan agak membanggakan. Sasaran kami untuk program sebegini sebenarnya adalah 1.2 juta tontonan dan apa yang kami harapkan jumlah penonton Idola Kecil musim kedua ini akan terus meningkat.

“Program ini memang berbeza dengan program pertandingan realiti nyanyian kanak-kanak yang lain. Bukan hanya perlu menyanyi malah mereka turut diajar tentang ilmu lakonan, tarian serta semangat setia kawan antara satu sama lain.

“Itu merupakan daya tarikan rancangan ini. Malah, pelbagai pendedahan cuba kita berikan kepada para peserta termasuk lawatan ke tempat-tempat tertentu yang boleh menambah ilmu pengetahuan mereka dalam muzik,” katanya.

Pertandingan yang diadili oleh 100 peratus juri profesional itu menampilkan tiga tenaga pengajar iaitu cikgu Delly (vokal), cikgu Alfa (pengarah muzik) dan cikgu Affizal (koreografi) manakala juri tetap dipertanggungjawabkan kepada penyanyi, Atilia.

Menjengah ke minggu yang kelima, konsert mingguan yang berlangsung Sabtu ini pasti meningkatkan debaran apabila bakal menyaksikan penyingkiran sulung para pesertanya.

Dikumpulkan dalam sebuah banglo yang terletak di Damansara, pelbagai aktiviti dijadualkan bagi memenuhi program pembelajaran para peserta Idola Kecil.

Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan termasuk tempat tinggal dan bilik kuliah yang selesa disertakan bagi memudahkan kelancaran proses pembelajaran.

“Berkumpul dan berjauhan dengan keluarga secara tidak langsung mengeratkan semangat setia kawan antara mereka dan berkumpul sebagai satu keluarga.

“Malah, hampir tiga bulan ditempatkan dalam banglo, selain mempelajari teknik-teknik nyanyian dan persembahan dalam masa yang sama mereka juga dapat belajar hidup berdikari,” kata Faiz.

Tidak mahu jadual persekolahan para peserta terganggu, kata Faiz, pihaknya seboleh mungkin mengelak pelbagai percanggahan jadual yang melibatkan aktiviti persekolahan para peserta tersebut.

Dalam menghasilkan rancangan pertandingan yang melibatkan kanak-kanak sudah tentu cabaran yang dilalui lebih besar.

Bukan hanya memastikan mereka memperoleh ilmu tentang seni persembahan, malah pihak pengurusan perlu memastikan keselamatan serta melayan kerenah 10 peserta tersebut.

“Memang tidak dinafikan apabila melibatkan peserta di kalangan kanak-kanak, secara tidak langsung melibatkan pelbagai pihak.

“Bagaimanapun, kami telah berbincang dengan pihak sekolah dan ibubapa mereka malah, keselamatan, tempat tinggal serta makan dan minum anak-anak mereka terjamin,” kata Faiz lagi.

Jika bintang-bintang Idola kecil musim pertama didedahkan dalam drama Idola Kecil Cinderella Story yang ditayangkan pada hari raya ketujuh dan keenam lalu di TV9, kali ini kata Faiz, pihaknya merancang untuk mendedahkan bintang-bintang Idola Kecil musim kedua dengan drama bersiri kanak-kanak pula.

Menurut Faiz lagi, drama yang dirancang itu berkonsepkan muzikal kanak-kanak sebanyak 13 episod yang dijangka memulakan rakamannya Januari nanti.


Semua 10 peserta yang menyertai pertandingan ini ialah Syafienaz Shari, 11; Muhamad Fhazrill Fesol, 11; Khor Bin Sam, 12; Nurul Ain Sollehah, 11 dan Muhammad Azzammuddin, 12.

Tidak ketinggalan peserta lain termasuklah Noranajihah Yunus, 12; Mohd. Farid, 12; Nurul Natasha Jaffri, 11; Siti Amirah Dayana, 10, dan Zur’Ain Abdul Rahim, 12.

p/s: sumber dari syoknyer.com

;;
Related Posts with Thumbnails