Hye semua! Follow blog Dayana yeh.. hope doakan Dayana berjaya. syg semua!

Jom chat!!

Sunday, January 3, 2010



Walaupun kesemua finalis telah menunjukkan persembahan yang mantap pada finale 'Idola Kecil 2' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi, tetapi hanya seorang saja yang akan membawa pulang gelaran juara.

Dan panel juri yang terdiri daripada Atilia, Adnan Abu Hassan dan Ahmad Idham Omar, sebulat suara memilih Dayana, sekaligus mengepikan saingannya yang lain iaitu Azzam, Arill, Ain, Maulud dan Tasha.

Selain sebuah medal, Dayana juga mendapat wang tunai RM10,000. Gadis comel ini turut memenangi anugerah sampingan, Idola Popular Dutch Lady dan membawa pulang RM5,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Azzam yang memperolehi RM5,000 sementara Ain yang mendapat tempat ketiga membawa pulang RM3,000.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails