Hye semua! Follow blog Dayana yeh.. hope doakan Dayana berjaya. syg semua!

Jom chat!!

Thursday, December 31, 2009

Sememangnya, platform yang dibina TV9 dalam mencungkil bakat cilik menerusi penganjuran program realiti nyanyian itu menampakkan hasil.

Peserta bukan saja berbakat dalam nyanyian, malah menunjukkan kebolehan menari dan lakonan dengan baik ketika menjayakan setiap persembahan mingguan.

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, biarpun ia masih dalam peringkat perbincangan namun pihaknya yakin semua peserta yang menyertai IK2 mempunyai bakat tersendiri dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sememangnya sudah ada syarikat rakaman yang berminat terhadap peserta ini. Begitupun kami masih dalam peringkat perbincangan.

"Soal berapa kuantiti dan tawaran mengenai kontrak masih dalam pertimbangan. Mungkin bukan hanya membabitkan peserta juara pertandingan IK2 saja sebaliknya kami juga mahu cuba mencadangkan semua peserta memandangkan bakat seni yang mereka ada.

"Tidak dinafikan sejak disiarkan program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pelbagai lapisan usia sehingga berjaya meraih 1.5 juta jumlah penonton untuk siarannya.

"Kemuncak persaingan juga cukup sengit dengan enam peserta bersaing merebut gelaran IK2," katanya pada sidang media yang berlangsung di Sunway Lagoon, baru-baru ini.

Tambahnya, peserta bukan saja berpeluang menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman, bahkan berpeluang beraksi dalam drama bersiri yang akan disiarkan menerusi stesen televisyen itu tidak lama lagi.

Idola Kecil musim pertama menerusi drama khas, Cerita Cinderela Idola Kecil yang disiarkan pada musim perayaan lalu turut mendapat sambutan menggalakkan seterusnya mendorong pihak TV9 tampil dengan drama muzikal bersiri.

 


Mengenai saingan akhir IK2 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 jam 9 malam, ia menampilkan konsep berbeza dan tanpa pembabitan artis terkenal tanah air seperti edisi sebelumnya.


Begitupun, Rozaina tetap memaklumkan saingan kali ini cukup hebat dengan barisan peserta yang memiliki bakat seni yang istimewa.

"Kelainan untuk final kali ini, peserta menyanyikan dua lagu yang terdiri daripada satu lagu baru yang dihasilkan tenaga pengajar seperti Alfa Booty selain karya komposer terkenal tanah air seperti Ajai, Marlin dan Intan iaitu pencipta lagu Aku Stacy.

"Semua lagu baru berkenaan dipilih untuk dinyanyikan peserta menerusi perbincangan daripada unit penerbitan dan tenaga pengajar," katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Pemasaran, Dutch Lady, Sharon Tan.

Juara IK2 membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi, sijil penyertaan dan hamper sumbangan penaja utama, Dutch Lady manakala naib juara menerima RM5,000, trofi, sijil dan hamper, ketiga (RM3,000, trofi, sijil dan hamper) serta sagu hati bagi peserta keempat hingga keenam (RM1,000, sijil dan hamper).

Selain berpeluang memenangi hadiah lumayan menerusi anugerah khas, Idola Kecil Dutch Lady yang ditentukan oleh pelanggan dalam borang yang disediakan ketika membeli barangan jenama susu terkenal itu.

Pentas akhir IK2 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 menyaksikan persaingan hebat antaranya peserta dari Perak, Nurul Natasha Jaffri, 11, (Tasha), Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, (Dayana/Negeri Sembilan), Zur Ain Abd Rahim, 12, (Ain/Selangor) manakala wakil peserta lelaki ialah Muhamad Fhazrill Fesol, 11, (Arill) dari Pulau Pinang, Mohd Farid Mohd Azmi, 12, (Maulud) dan Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, (Azzam/Kuala Lumpur).

Bagi Maulud, persaingan di pentas akhir itu nanti pasti cukup sengit dengan cabaran yang

perlu ditempuhi semua peserta yang mahu mempamerkan aksi terbaik mereka.

Malah, Maulud

yang disifatkan antara peserta pilihan dan kerap mendapat perhatian juri, cabaran

final lebih berbeza dan mendebarkan.

"Semua peserta adalah saingan kuat pada saya. Setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

"Berbanding persembahan minggu, persaingan final kali ini pasti sukar kerana perlu menyanyikan dua lagu.

"Jadi saya perlu membuat persediaan yang betul-betul seperti menjaga kesihatan dan memastikan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk membuat persembahan nanti," kata Maulud yang akan menyampaikan lagu Zakiah dan lagu baru ciptaan Alfa Booty, Hidup Perlu Cinta.

Sementara rakannya, Dayana pula berkata setakat ini dia dan peserta lain sudah bersedia untuk beraksi di pentas final. Persediaan mereka kini tertumpu kepada memantapkan vokal dan persembahan menerusi bimbingan tenaga pengajar dilantik. Dayana akan menyanyikan lagu baru, Satu Impian dan Jika Kau Ubah Fikiran.

Begitu juga reaksi sama rakan mereka yang bersaing di pentas final seperti Ain yang menyanyikan lagu baru, Berdua dan lagu yang dipopularkan oleh Misha Omar, Cinta Adam & Hawa, Azzam (Aku Cinta Sayang Kamu yang dipopularkan Black Mentor dan lagu ciptaan Ajai, Kekasihku) dan Arill (Peronda Jaket Biru dan lagu baru, Diri Ku Diri Mu).

"BAKAT seni yang dipamerkan peserta Idola Kecil
musim kedua (IK2) ternyata mendapat perhatian banyak pihak.
Tidak terkecuali syarikat rakaman, Sony Music Entertainment Sdn Bhd yang
bakal menyunting peserta IK2 sebaik berakhir saingan kemuncak
yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu ini.

Salam semua. Nampaknya ada lagi salah seorang pminat dayana yang mengnatar karya nya.

'SY BUAT KHAS UTK DAYANA.NNT SY HNTR BNYK LG. DAYANA STEADYYYYY!'
Maknanya dia akan hantar lagi karya-karya nya kepada saya. Jadi kita tunggu sama-sama ya


Tuesday, December 29, 2009

Hye semua.. Harini zack nak tunjukkan kat korang semua hasil dari semalam Press Conference di sunway lagoon.. kepada yang ada facebook mungkin korang semua tahu.. huhu..


jom kita tengok gambar-gambar yang diambil nie.. peace!


Press conference ni diadakan bagi

 memperkenalkan finalis2 peringkat akhir...

 

semoga Berjaya..




ada lagi..




NEXT




NEXT




NEXT





NEXT




NEXT




yang nie best!! HEHE..




HAHAHA,,,,,,




next




HIDUP PENUH SEMANGAT!!

GOOD LUCK TO YOU ALL ADIK-ADIK!!





Assalamualaikum semua dan selamat pagi diucapkan... INILAH UCAPAN YANG TERAKHIR BUAT PEMINAT-PEMINAT DAYANA.. doakan dayana berjaya.. Amin,... semoga kakak wat yang terbaik.. do the best! beat the rest!! peace!!! mAri kita sama-sama mendoakan kejayaan beliau agar bintang dapat digapai.. InsyaAllah..


Hye3.... hehe.. salam semua.. dikesempatan ini.. dayana ingin mengucapkan..


PEACE!! hehe.. tengok video bawah nie.. kalau ada nama yang dayana x sebut.. dayana minta maaf sangat-sangat.. Sbb dayana nie jarang bersama peminat.. tapi dia tetap akan ingat semua yang meminatinya sampai bila-bila...







Sambungan Video yang Kedua 








GOOD LUCK DAYANA!! SEMOGA BERJAYA MENYANDANG JOHAN BAGI BINTANG IDOLA KECIL DUA INI.. GOOD LUCK!!

waa~~ nmpaknya semakin banyak saingan dari rakan-rakan facebook.. nak wat design banyak-banyak untuk dayana.. hehe.. jom kita lihat dari erny.. hehe.. salah satu admin di blog nie... peace!!



 

 

 


 

 


dari erny.. peace!! add lah dia.. dia comel tau!! hehe..

nie facebook dia..








OKEY.. nie pulak.. dari adik akmal azwar aziz.. hehe.. nie sebab kak salma lah.. hehe.. post lepas.. a.zack ada cite sal design-design dia.. hehe.. dia baru first wat design .. cuba tgok?? hehe.. smart x??






 

 

Nie facebook dia.. jgn malu-malu.. add jer.. peace!

nie pic dlm facebook.. haha.. mana tah pic tul dia.. hehe.. paper pun tahniah dek,., teruskan usaha anda!


;;
Related Posts with Thumbnails