Hye semua! Follow blog Dayana yeh.. hope doakan Dayana berjaya. syg semua!

Jom chat!!

Sunday, January 3, 2010



Walaupun kesemua finalis telah menunjukkan persembahan yang mantap pada finale 'Idola Kecil 2' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi, tetapi hanya seorang saja yang akan membawa pulang gelaran juara.

Dan panel juri yang terdiri daripada Atilia, Adnan Abu Hassan dan Ahmad Idham Omar, sebulat suara memilih Dayana, sekaligus mengepikan saingannya yang lain iaitu Azzam, Arill, Ain, Maulud dan Tasha.

Selain sebuah medal, Dayana juga mendapat wang tunai RM10,000. Gadis comel ini turut memenangi anugerah sampingan, Idola Popular Dutch Lady dan membawa pulang RM5,000.

Tempat kedua dimenangi oleh Azzam yang memperolehi RM5,000 sementara Ain yang mendapat tempat ketiga membawa pulang RM3,000.


Salam semua peminat dayana anda mesti sekarang tengah gembira dan suka DAYANA telah membuktikan dan telah terbukti yang dia boleh buat dan dia telah pun menjadi juara IDOLA KECIL yg KE 2. Dayana juga telah menang dalam idola kecil popular itu pun dah cukup mengembirakan kami semua tapi lagi mengembirakan kerana Dayana menjadi juara. Dayana memang bagus dayana telah membuatkan kita semakin minat dan semakin bertambah peminat-peminatnya. Nantikan post yg akan datang dan teruskan menyokong dayana dan doakannya semoga sukses di luar sana.

Saturday, January 2, 2010




Setelah hampir dua bulan bersaing, akhirnya, hanya tinggal enam peserta 'Idola Kecil 2' yang akan melangkah ke pusingan akhir pertandingan yang bakal berlangsung pada 2 Januari 2010 di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam.

Selepas pengunduran Sam Khor diikuti penyingkiran Fienaz, Nurul dan Jiha, kanak-kanak cilik yang bakal memberikan persembahan terbaik mereka pada malam debaran tersebut adalah Azzam, Arill, Dayana, Ain, Maulud dan Tasha.

Tetapi hanya seorang saja yang akan dinobatkan sebagai juara. Jika nak tahu siapa, jangan lupa menonton siaran langsung finale 'Idola Kecil 2' pada jam 9 malam di TV9 pada 2 Januari ini (pada hari ini)



SEBELUM TUE APA KATA KITA ENJOY VIDEO DAYANA.. EDITED BY KAMARUL..
KENANG KEMBAIL PERJALANAN DAYANA DARI AWAL HINGGA SEKARANG..



Doakan DAYANA berjaya~!!
.


Friday, January 1, 2010



ASSALAMUALAIKUM SEMUA!! diam x diam.. akhirnya tahun 2010 menjengah kita..... 2009 meninggalkan kita.. harap setiap orang mempunyai azam baru dalam apa jua yang mereka inginkan.. sama ada azam nk berubah menjadi lebih baik dari tahun lepas.. atau.. nak berjaya mcm anak-anak kat IK2 nie.. mesti target diorang nak jadi juara.. bak kata pepatah MILO.. kami JUARA!! hehe....... mmm....... GOOD LUCK PADA SEMUA!! bagi yang ada azam atau matlamat.. pastikan matlamat anda itu boleh diukur (measureable) bagi mengukur tahap mana kita boleh mencapai apa yang kita nakkan pada 2010 ini!! Good LuCk to Adik-adik dans semua fans Dayana...



OKEYLAH TANPA KITA MEMBUANG MASA.. Kita teruskan dengan tujuan asal.. iaitu dimana konsert ini akan diadakan...





TARIKH = 02 JANUARI 2010

TIKET = TERHAD BAGI SIAPA YANG DATANG AWAL

MASA= SEBELUM PUKUL 7 MLM.. SEBAB NAK KUMPULKAN SEMUA PEMINAT DAYANA PADA SATU TEMPAT

PAKAIAN= PAKAIAN DAYANA FC IAITU T-SHIRT WARNA OREN ATAUPUN JIKA TIADA PAKAI-PAKAIAN YANG BERWARNA OREN OKEY..

DIHARAP ANDA SEMUA DAPAT MENHADIRKAN DIRI KE KONSERT FINAL INI BAGI MENYAKSIKAN BINTANG IDOLA KECIL INI BERJAYA MENGGAPAI KE KEMUNCAKNYA!!

NYANYIAN YANG AKAN DINYAYIKAN OLEH DAYANA ADALAH

PERTAMA


LAGU NEW SINGLE CIPTAAN CIKGU ALFA DENGAN TAJUK LAGUNYA SATU IMPIAN



KEDUA

LAGU MILA DENGAN LAGUNYA JIKA KAU UBAH FIKIRAN... JOM KITA LAYAN LAGU MILA DULU...


GOOD LUCK DAYANA!!! I HOPE YOU DO WITH YOUR BEST SAYANG!!!






Thursday, December 31, 2009

Sememangnya, platform yang dibina TV9 dalam mencungkil bakat cilik menerusi penganjuran program realiti nyanyian itu menampakkan hasil.

Peserta bukan saja berbakat dalam nyanyian, malah menunjukkan kebolehan menari dan lakonan dengan baik ketika menjayakan setiap persembahan mingguan.

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, biarpun ia masih dalam peringkat perbincangan namun pihaknya yakin semua peserta yang menyertai IK2 mempunyai bakat tersendiri dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sememangnya sudah ada syarikat rakaman yang berminat terhadap peserta ini. Begitupun kami masih dalam peringkat perbincangan.

"Soal berapa kuantiti dan tawaran mengenai kontrak masih dalam pertimbangan. Mungkin bukan hanya membabitkan peserta juara pertandingan IK2 saja sebaliknya kami juga mahu cuba mencadangkan semua peserta memandangkan bakat seni yang mereka ada.

"Tidak dinafikan sejak disiarkan program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pelbagai lapisan usia sehingga berjaya meraih 1.5 juta jumlah penonton untuk siarannya.

"Kemuncak persaingan juga cukup sengit dengan enam peserta bersaing merebut gelaran IK2," katanya pada sidang media yang berlangsung di Sunway Lagoon, baru-baru ini.

Tambahnya, peserta bukan saja berpeluang menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman, bahkan berpeluang beraksi dalam drama bersiri yang akan disiarkan menerusi stesen televisyen itu tidak lama lagi.

Idola Kecil musim pertama menerusi drama khas, Cerita Cinderela Idola Kecil yang disiarkan pada musim perayaan lalu turut mendapat sambutan menggalakkan seterusnya mendorong pihak TV9 tampil dengan drama muzikal bersiri.

 


Mengenai saingan akhir IK2 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 jam 9 malam, ia menampilkan konsep berbeza dan tanpa pembabitan artis terkenal tanah air seperti edisi sebelumnya.


Begitupun, Rozaina tetap memaklumkan saingan kali ini cukup hebat dengan barisan peserta yang memiliki bakat seni yang istimewa.

"Kelainan untuk final kali ini, peserta menyanyikan dua lagu yang terdiri daripada satu lagu baru yang dihasilkan tenaga pengajar seperti Alfa Booty selain karya komposer terkenal tanah air seperti Ajai, Marlin dan Intan iaitu pencipta lagu Aku Stacy.

"Semua lagu baru berkenaan dipilih untuk dinyanyikan peserta menerusi perbincangan daripada unit penerbitan dan tenaga pengajar," katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Pemasaran, Dutch Lady, Sharon Tan.

Juara IK2 membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi, sijil penyertaan dan hamper sumbangan penaja utama, Dutch Lady manakala naib juara menerima RM5,000, trofi, sijil dan hamper, ketiga (RM3,000, trofi, sijil dan hamper) serta sagu hati bagi peserta keempat hingga keenam (RM1,000, sijil dan hamper).

Selain berpeluang memenangi hadiah lumayan menerusi anugerah khas, Idola Kecil Dutch Lady yang ditentukan oleh pelanggan dalam borang yang disediakan ketika membeli barangan jenama susu terkenal itu.

Pentas akhir IK2 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 menyaksikan persaingan hebat antaranya peserta dari Perak, Nurul Natasha Jaffri, 11, (Tasha), Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, (Dayana/Negeri Sembilan), Zur Ain Abd Rahim, 12, (Ain/Selangor) manakala wakil peserta lelaki ialah Muhamad Fhazrill Fesol, 11, (Arill) dari Pulau Pinang, Mohd Farid Mohd Azmi, 12, (Maulud) dan Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, (Azzam/Kuala Lumpur).

Bagi Maulud, persaingan di pentas akhir itu nanti pasti cukup sengit dengan cabaran yang

perlu ditempuhi semua peserta yang mahu mempamerkan aksi terbaik mereka.

Malah, Maulud

yang disifatkan antara peserta pilihan dan kerap mendapat perhatian juri, cabaran

final lebih berbeza dan mendebarkan.

"Semua peserta adalah saingan kuat pada saya. Setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

"Berbanding persembahan minggu, persaingan final kali ini pasti sukar kerana perlu menyanyikan dua lagu.

"Jadi saya perlu membuat persediaan yang betul-betul seperti menjaga kesihatan dan memastikan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk membuat persembahan nanti," kata Maulud yang akan menyampaikan lagu Zakiah dan lagu baru ciptaan Alfa Booty, Hidup Perlu Cinta.

Sementara rakannya, Dayana pula berkata setakat ini dia dan peserta lain sudah bersedia untuk beraksi di pentas final. Persediaan mereka kini tertumpu kepada memantapkan vokal dan persembahan menerusi bimbingan tenaga pengajar dilantik. Dayana akan menyanyikan lagu baru, Satu Impian dan Jika Kau Ubah Fikiran.

Begitu juga reaksi sama rakan mereka yang bersaing di pentas final seperti Ain yang menyanyikan lagu baru, Berdua dan lagu yang dipopularkan oleh Misha Omar, Cinta Adam & Hawa, Azzam (Aku Cinta Sayang Kamu yang dipopularkan Black Mentor dan lagu ciptaan Ajai, Kekasihku) dan Arill (Peronda Jaket Biru dan lagu baru, Diri Ku Diri Mu).

"BAKAT seni yang dipamerkan peserta Idola Kecil
musim kedua (IK2) ternyata mendapat perhatian banyak pihak.
Tidak terkecuali syarikat rakaman, Sony Music Entertainment Sdn Bhd yang
bakal menyunting peserta IK2 sebaik berakhir saingan kemuncak
yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu ini.

;;
Related Posts with Thumbnails