Hye semua! Follow blog Dayana yeh.. hope doakan Dayana berjaya. syg semua!

Jom chat!!

Thursday, December 31, 2009

Sememangnya, platform yang dibina TV9 dalam mencungkil bakat cilik menerusi penganjuran program realiti nyanyian itu menampakkan hasil.

Peserta bukan saja berbakat dalam nyanyian, malah menunjukkan kebolehan menari dan lakonan dengan baik ketika menjayakan setiap persembahan mingguan.

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, biarpun ia masih dalam peringkat perbincangan namun pihaknya yakin semua peserta yang menyertai IK2 mempunyai bakat tersendiri dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sememangnya sudah ada syarikat rakaman yang berminat terhadap peserta ini. Begitupun kami masih dalam peringkat perbincangan.

"Soal berapa kuantiti dan tawaran mengenai kontrak masih dalam pertimbangan. Mungkin bukan hanya membabitkan peserta juara pertandingan IK2 saja sebaliknya kami juga mahu cuba mencadangkan semua peserta memandangkan bakat seni yang mereka ada.

"Tidak dinafikan sejak disiarkan program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton pelbagai lapisan usia sehingga berjaya meraih 1.5 juta jumlah penonton untuk siarannya.

"Kemuncak persaingan juga cukup sengit dengan enam peserta bersaing merebut gelaran IK2," katanya pada sidang media yang berlangsung di Sunway Lagoon, baru-baru ini.

Tambahnya, peserta bukan saja berpeluang menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman, bahkan berpeluang beraksi dalam drama bersiri yang akan disiarkan menerusi stesen televisyen itu tidak lama lagi.

Idola Kecil musim pertama menerusi drama khas, Cerita Cinderela Idola Kecil yang disiarkan pada musim perayaan lalu turut mendapat sambutan menggalakkan seterusnya mendorong pihak TV9 tampil dengan drama muzikal bersiri.

 


Mengenai saingan akhir IK2 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 jam 9 malam, ia menampilkan konsep berbeza dan tanpa pembabitan artis terkenal tanah air seperti edisi sebelumnya.


Begitupun, Rozaina tetap memaklumkan saingan kali ini cukup hebat dengan barisan peserta yang memiliki bakat seni yang istimewa.

"Kelainan untuk final kali ini, peserta menyanyikan dua lagu yang terdiri daripada satu lagu baru yang dihasilkan tenaga pengajar seperti Alfa Booty selain karya komposer terkenal tanah air seperti Ajai, Marlin dan Intan iaitu pencipta lagu Aku Stacy.

"Semua lagu baru berkenaan dipilih untuk dinyanyikan peserta menerusi perbincangan daripada unit penerbitan dan tenaga pengajar," katanya.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Pemasaran, Dutch Lady, Sharon Tan.

Juara IK2 membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi, sijil penyertaan dan hamper sumbangan penaja utama, Dutch Lady manakala naib juara menerima RM5,000, trofi, sijil dan hamper, ketiga (RM3,000, trofi, sijil dan hamper) serta sagu hati bagi peserta keempat hingga keenam (RM1,000, sijil dan hamper).

Selain berpeluang memenangi hadiah lumayan menerusi anugerah khas, Idola Kecil Dutch Lady yang ditentukan oleh pelanggan dalam borang yang disediakan ketika membeli barangan jenama susu terkenal itu.

Pentas akhir IK2 yang disiarkan secara langsung menerusi TV9 menyaksikan persaingan hebat antaranya peserta dari Perak, Nurul Natasha Jaffri, 11, (Tasha), Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, (Dayana/Negeri Sembilan), Zur Ain Abd Rahim, 12, (Ain/Selangor) manakala wakil peserta lelaki ialah Muhamad Fhazrill Fesol, 11, (Arill) dari Pulau Pinang, Mohd Farid Mohd Azmi, 12, (Maulud) dan Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, (Azzam/Kuala Lumpur).

Bagi Maulud, persaingan di pentas akhir itu nanti pasti cukup sengit dengan cabaran yang

perlu ditempuhi semua peserta yang mahu mempamerkan aksi terbaik mereka.

Malah, Maulud

yang disifatkan antara peserta pilihan dan kerap mendapat perhatian juri, cabaran

final lebih berbeza dan mendebarkan.

"Semua peserta adalah saingan kuat pada saya. Setiap daripada kami mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.

"Berbanding persembahan minggu, persaingan final kali ini pasti sukar kerana perlu menyanyikan dua lagu.

"Jadi saya perlu membuat persediaan yang betul-betul seperti menjaga kesihatan dan memastikan sentiasa mempunyai tenaga yang cukup untuk membuat persembahan nanti," kata Maulud yang akan menyampaikan lagu Zakiah dan lagu baru ciptaan Alfa Booty, Hidup Perlu Cinta.

Sementara rakannya, Dayana pula berkata setakat ini dia dan peserta lain sudah bersedia untuk beraksi di pentas final. Persediaan mereka kini tertumpu kepada memantapkan vokal dan persembahan menerusi bimbingan tenaga pengajar dilantik. Dayana akan menyanyikan lagu baru, Satu Impian dan Jika Kau Ubah Fikiran.

Begitu juga reaksi sama rakan mereka yang bersaing di pentas final seperti Ain yang menyanyikan lagu baru, Berdua dan lagu yang dipopularkan oleh Misha Omar, Cinta Adam & Hawa, Azzam (Aku Cinta Sayang Kamu yang dipopularkan Black Mentor dan lagu ciptaan Ajai, Kekasihku) dan Arill (Peronda Jaket Biru dan lagu baru, Diri Ku Diri Mu).

"BAKAT seni yang dipamerkan peserta Idola Kecil
musim kedua (IK2) ternyata mendapat perhatian banyak pihak.
Tidak terkecuali syarikat rakaman, Sony Music Entertainment Sdn Bhd yang
bakal menyunting peserta IK2 sebaik berakhir saingan kemuncak
yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu ini.

Salam semua. Nampaknya ada lagi salah seorang pminat dayana yang mengnatar karya nya.

'SY BUAT KHAS UTK DAYANA.NNT SY HNTR BNYK LG. DAYANA STEADYYYYY!'
Maknanya dia akan hantar lagi karya-karya nya kepada saya. Jadi kita tunggu sama-sama ya


Tuesday, December 29, 2009

Hye semua.. Harini zack nak tunjukkan kat korang semua hasil dari semalam Press Conference di sunway lagoon.. kepada yang ada facebook mungkin korang semua tahu.. huhu..


jom kita tengok gambar-gambar yang diambil nie.. peace!


Press conference ni diadakan bagi

 memperkenalkan finalis2 peringkat akhir...

 

semoga Berjaya..




ada lagi..




NEXT




NEXT




NEXT





NEXT




NEXT




yang nie best!! HEHE..




HAHAHA,,,,,,




next




HIDUP PENUH SEMANGAT!!

GOOD LUCK TO YOU ALL ADIK-ADIK!!





Assalamualaikum semua dan selamat pagi diucapkan... INILAH UCAPAN YANG TERAKHIR BUAT PEMINAT-PEMINAT DAYANA.. doakan dayana berjaya.. Amin,... semoga kakak wat yang terbaik.. do the best! beat the rest!! peace!!! mAri kita sama-sama mendoakan kejayaan beliau agar bintang dapat digapai.. InsyaAllah..


Hye3.... hehe.. salam semua.. dikesempatan ini.. dayana ingin mengucapkan..


PEACE!! hehe.. tengok video bawah nie.. kalau ada nama yang dayana x sebut.. dayana minta maaf sangat-sangat.. Sbb dayana nie jarang bersama peminat.. tapi dia tetap akan ingat semua yang meminatinya sampai bila-bila...







Sambungan Video yang Kedua 








GOOD LUCK DAYANA!! SEMOGA BERJAYA MENYANDANG JOHAN BAGI BINTANG IDOLA KECIL DUA INI.. GOOD LUCK!!

waa~~ nmpaknya semakin banyak saingan dari rakan-rakan facebook.. nak wat design banyak-banyak untuk dayana.. hehe.. jom kita lihat dari erny.. hehe.. salah satu admin di blog nie... peace!!



 

 

 


 

 


dari erny.. peace!! add lah dia.. dia comel tau!! hehe..

nie facebook dia..








OKEY.. nie pulak.. dari adik akmal azwar aziz.. hehe.. nie sebab kak salma lah.. hehe.. post lepas.. a.zack ada cite sal design-design dia.. hehe.. dia baru first wat design .. cuba tgok?? hehe.. smart x??






 

 

Nie facebook dia.. jgn malu-malu.. add jer.. peace!

nie pic dlm facebook.. haha.. mana tah pic tul dia.. hehe.. paper pun tahniah dek,., teruskan usaha anda!



Hye.. Assalamualaikum semua.. apa khabar semua.. zack minta maaf sebab lambat post tentang konsert ituari.. tapi zack rasa..  ituari erny pun dah update post tentang dayana.. tapi ringkas jelah.. mm.. kat sini zack nak korang semua komen.. apa pendapat korang tentang konsert itu ari?? best gilakan.. memang mantaplah adek dayana kita nie.. hehe.. x padan kecik.. dia punya lincah nya.. dengan nyanyian serta lakonan yang amat menarik hati kita semua.. bestkan haha..x henti-henti ketawa tgok dia joget ngan maulud.. hahahaha....?? so komen-komenlah yeh.. nanti bila dah baca post nie..minggu lepas.. zack ada post yang mengatakan tiga orang akan tersingkir.. zack minta maaf sebab bagi maklumat yang salah.. seharusnya zack x boleh bagi tau mcmtue jer... maafkan zack.. akhirnya.. taukan saper yang tersingkir.. semua orang dah ingat yang akan tersingkir.. maulud.. tapi memang cayalah! mantap maulud! dia berjaya mengekalkan kedudukan dia.. maulud punya talent atas pentas memang x leh lawan.. akhirnya jiha yang terkeluar... saper sangka kan?? tuah manusia..x saper yang tahu.. rezeki masing-masing.... Aminn.....
MAri Kita Lihat.. Siapa Yang Telah Di Highlightkan..








siapa sangka.. jiha seorang yang berbakat.. tapi akhirnya tersingkir pada konser semifinal.. adik jiha.. teruskan perjuanganmu walaupun diluar nanti.. good luck jiha!! kepada peserta Ik2 yang lain2.. teruskan perjuanganmu.. You are the best person to stay with the highest level now.. (haha.. english terabur.. =p)

K'lah paper pun good luck!!!

salam..

Monday, December 28, 2009




Salam semua. Harap anda semua sihat ye.. Ha.... kalau anda semua kreatif dan mempunyai banyak idea boleh la emel kt kami ye atau letak aje kt fb dayana kami akan post ke blog. Macam kak salma kita dia banyak meghasilkan karya2nya dengan gambar dayana. Kami sangat hargai dengan hasil kreatif anda. So, kalau anda mempunyai karya2 bolehla emel atau hantar kt fb dayana ye.
Emel: dayanaamerda@gmail.com
         dayanaamer@ymail.com




konsert ke LAPAN.. semi final..

dan konsert-konsert yang lain




 
 
 
 
 
 
 

 



BAKAT YANG ADA PADA PEMINAT_PEMINAT DAYANA NI HARUSLAH DIHARGAI>>

amacam bestkan?? best gilerlah.. thankz diucapkan kepada adik salma kita yang x pernah berhenti dari menyokong dayana.. mantap dek ooi!!

kepada yang nak hasil kreatif anda dipaparkan di blog nie.. jangan lupa.. comment-commentlah yeh.. okey..

nak add nur di facebook?? ni facebook dia.. selamat berkenalan.. dari abg zack!






p/s: solo lagi nie.. hehe..
p/ss: sory lah update ringkas.. tengah kerjalah.. daa~~

Sunday, December 27, 2009




Hi, semua. Semalam berlangsungnya konsert yang ke8 jadi knsert yang ke8 sudah berakhirnya dan akan masuk ke konsert final sudah. Persembahan Dayana sangat memuaskan dan sungguh happy di atas pentas kalau korang semua lihat kan dia slumber n tak kesah ape yang dia buat.
Jadi jom kita layan lagi sekali video dari Dayana.


Friday, December 25, 2009


Salam semua pembaca dan juga fans dayana FC bagi blog ini. Sebelum nk post pasal bakat dayana saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca post2 di blog ini dan sudi follow blog ini. Ha! korang semua mesti dah tahu kan? Dayana memulakan bakatnya dengan bidang nyanyian pada masa tu dia menjadi juara bintang kecil peringkat zon, selepas menjadi juara di peringkat zon dia terus menjadi juara di peringkat negeri pula dan seterusnya naib juara di peringkat kebangsaan. hehe...Selepas menjadi naib juara dia juga pernah berlakon iklan komersial yang disiarkan di AMERIKA atau LUAR NEGARA. Oleh itu juga, si cilik ini DAYANA juga pernah berlakon telemovie yang bakal ditanyangkan di ASTRO PRIMA jadi anda saksikan la ye. Di idola kecil ini bakat yang perlu selain menyanyi ialah berlakon , menari dan sebagainya dengan bakat yang ada pada DAYANA telah berjaya masuk ke idola kecil sehingga sekarang. Setiap minggu persembahannya mendapat pujian daripada juri.... Minggu lepas DAYANA menjadi pengacara 'ART AND CRAFT' bersama MAULUD.

Pada konsert minggu lepas juga persembahan yang disertai lakonan bukan DAYANA seorang tetapi semua pelajar IK2. Sekarang kita boleh lihat betapa hebatnya DAYANA kerana semuanya dia boleh lakukan. Hebatkan DAYANA??
Setakat ini je la tentang cerita sedikit sebanyak tentang DAYANA.
thanks.. jika anda nak tahu lebih lanjut tentang dayana.. bolehlah melawat post yang kedua di link nie.. Kisah Hidup Dayana

Baju Dayana FC!!

Hye3... salam.. Ap khabar semua?? hope sihat sentiasa.. Hari ini.. nak cerita pasal.. Baju Dayana.. bagi fans dayana.. Jika anda menyokong dayana.. tunjukkanlah sokongan anda itu dengan membeli baju ini yeh! cuba kita lihat proses awal hingga akhir editing baju ini.. jom!



Gambar Pertama : Hehe.. ni dah siap dah .. tinggal dalam proses nak bungkus... so camane?? dah nampak? belum nampak ag?? 




 

Gambar kedua: bro yang tengah tekun dalam mempacking barang.. wee~~ rajin bro?? ley naik gaji nie.. ahaks!

 

Gambar Ketiga : Rajin lah bro nie.. akhir bulan saya bayar gaji yeh.. siap bonus sekali. hehe.. ker rajin sebab dayana nie.. hehe..




so

apa yang terjadi nak tengok bajunya??


 


tadaaaa~~~ adik posing cun sikit adik! hehe.. comel x?? comel orang yang posing nya ker atau bajunya yang comel??hehe.. 


nak lagi?


 

wow!! comel lah dayana nie.. tu2.. kat baju tue.. dayana dah kena tampal.. hehe...








 ANDA BERMINAT??



Bg yg berminat bleh la contact Puan Aida (mama Dayana) di 0142325414... sebarang pertanyaan..
Baju rm 30 tak termasuk kos penghantarn , boleh bank in dan  akan pos laju A.S.A.P... sapa-sapa yg berminat call tau..rugi kalau tak beli..kenangan IK takkan dapat di lupakan..

Beli jangan tak beli~~ wee~~~



Salam Semua, post kali nie zack nak bertanya kepada anda semua.. siapakah yang akan tersingkir pada minggu nie?? dengar cerita tiga orang akan tersingkir dan hanya tinggal empat finalis sahaja..bagi yang saksikan hari nie di Studio glenmarie ntv7. mungkin anda dah mengetahuinya.. tapi amaran dari pihak tv9 jika sesiapa yang membocorkan siapa yang tersingkir setiap kali konsert diadakan kemungkinan akan dibatalkan siaran di tv9 betul ker?? tapi dengar cite dah ramai yang tau.. pasal benda ni.. seperti yang anda tahu semua.. pada minggu ini iaitu konsert kelapan yang bertemakan rentak 60-an dayana telah membawakan lagu chinta pertama nyanyian Roziah Latiff.. sedap juga lagu nie.. hehe... nak dengar tak lagu nie? mengikut kata mama(cik aida) dayana pada minggu nie mengalami masalh sakit tekak. Hope dayana x der pape masalah untuk menjayakan nyanyian pada kali nie.. harap dia mendapat pujian ag daripada juri.. tahniah adik dayana! you are the best girl! so jom kita enjoy! lagu nie.klik link nie (Cinta pertama). x sabar nak tunggu hari sabtu! nak tengok!! wahuuu~~~~ Hope dayana sihat-sihat..  mari kita sama-sama doakan..




PESERTA Idola Kecil musim kedua (belakang) Natasha, (tengah dari kiri) Azzamudin, Nurul Ain, Fhazrill, Noranajihah dan Farid. Barisan depan (dari kiri) Dayana, Zur’ain dan Syafienaz.

SENARIO pertandingan yang diadakan di negara ini jika diperhatikan rata-rata lebih condong kepada pertandingan yang membabitkan penglibatan golongan remaja dan dewasa.

Dalam rancak mencari bakat-bakat di kalangan remaja, sedar atau tidak kita seolah-olah lupa akan bakat-bakat yang boleh digilap sedari kecil di kalangan kanak-kanak.

Tidak banyak pertandingan melibatkan kanak-kanak yang dianjurkan oleh stesen-stesen televisyen di negara ini.

Jika ada sekalipun, ialah pertandingan Bintang Kecil yang dianjurkan oleh gergasi penyiaran negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Itupun tidak diberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat.

Sedar akan kekurangan pelapis dunia seni suara di kalangan si cilik, TV9 mengambil inisiatif dalam mewujudkan rancangan Idola Kecil bagi melahirkan bakat-bakat baru di kalangan kanak-kanak di negara ini.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama pertandingan tersebut diadakan.

Idola Kecil kali pertama dianjurkan tahun lalu dan berjaya mencungkil bakat cilik, Wada atau nama sebenarnya Wan Shuhada Md. Amin sebagai juara sulung rancangan itu.

Terbuka kepada kanak-kanak berusia antara lapan hingga 10 tahun, sekali lagi rancangan itu ke udara dan kali ini 10 lagi peserta bakal berentap merebut gelaran juara Idola Kecil untuk musim yang kedua.

Pertandingan Idola Kecil 2 memulakan siarannya pada 31 Oktober lalu di mana konsert mingguannya bersiaran setiap hari Sabtu pukul 9.30 malam di TV9.

Peserta yang terlibat ialah Syafienaz Shari, 11, Muhamad Fhazrill Fesol, 11, Khor Bin Sam, 12, Nurul Ain Sollehah Anuwar, 11, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, dan Noranajihah Yunus, 12.

Empat lagi peserta ialah Mohd Farid Mohd Azmi, 12, Nurul Natasha Jaffri, 11, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 10, dan Zur’Ain Abd. Rahim, 12.

Eksekutif Penjenamaan Bahagian Kanak-Kanak TV9, Faiz Zainal Abidin ketika di temui baru-baru ini memberitahu, rancangan tersebut sehingga kini berjaya menarik perhatian ramai. sehingga kini rating yang dicatatkan mencecah 1.17 juta tontonan setiap minggu.

“Ini satu pencapaian yang boleh dikatakan agak membanggakan. Sasaran kami untuk program sebegini sebenarnya adalah 1.2 juta tontonan dan apa yang kami harapkan jumlah penonton Idola Kecil musim kedua ini akan terus meningkat.

“Program ini memang berbeza dengan program pertandingan realiti nyanyian kanak-kanak yang lain. Bukan hanya perlu menyanyi malah mereka turut diajar tentang ilmu lakonan, tarian serta semangat setia kawan antara satu sama lain.

“Itu merupakan daya tarikan rancangan ini. Malah, pelbagai pendedahan cuba kita berikan kepada para peserta termasuk lawatan ke tempat-tempat tertentu yang boleh menambah ilmu pengetahuan mereka dalam muzik,” katanya.

Pertandingan yang diadili oleh 100 peratus juri profesional itu menampilkan tiga tenaga pengajar iaitu cikgu Delly (vokal), cikgu Alfa (pengarah muzik) dan cikgu Affizal (koreografi) manakala juri tetap dipertanggungjawabkan kepada penyanyi, Atilia.

Menjengah ke minggu yang kelima, konsert mingguan yang berlangsung Sabtu ini pasti meningkatkan debaran apabila bakal menyaksikan penyingkiran sulung para pesertanya.

Dikumpulkan dalam sebuah banglo yang terletak di Damansara, pelbagai aktiviti dijadualkan bagi memenuhi program pembelajaran para peserta Idola Kecil.

Bukan itu sahaja, pelbagai kemudahan termasuk tempat tinggal dan bilik kuliah yang selesa disertakan bagi memudahkan kelancaran proses pembelajaran.

“Berkumpul dan berjauhan dengan keluarga secara tidak langsung mengeratkan semangat setia kawan antara mereka dan berkumpul sebagai satu keluarga.

“Malah, hampir tiga bulan ditempatkan dalam banglo, selain mempelajari teknik-teknik nyanyian dan persembahan dalam masa yang sama mereka juga dapat belajar hidup berdikari,” kata Faiz.

Tidak mahu jadual persekolahan para peserta terganggu, kata Faiz, pihaknya seboleh mungkin mengelak pelbagai percanggahan jadual yang melibatkan aktiviti persekolahan para peserta tersebut.

Dalam menghasilkan rancangan pertandingan yang melibatkan kanak-kanak sudah tentu cabaran yang dilalui lebih besar.

Bukan hanya memastikan mereka memperoleh ilmu tentang seni persembahan, malah pihak pengurusan perlu memastikan keselamatan serta melayan kerenah 10 peserta tersebut.

“Memang tidak dinafikan apabila melibatkan peserta di kalangan kanak-kanak, secara tidak langsung melibatkan pelbagai pihak.

“Bagaimanapun, kami telah berbincang dengan pihak sekolah dan ibubapa mereka malah, keselamatan, tempat tinggal serta makan dan minum anak-anak mereka terjamin,” kata Faiz lagi.

Jika bintang-bintang Idola kecil musim pertama didedahkan dalam drama Idola Kecil Cinderella Story yang ditayangkan pada hari raya ketujuh dan keenam lalu di TV9, kali ini kata Faiz, pihaknya merancang untuk mendedahkan bintang-bintang Idola Kecil musim kedua dengan drama bersiri kanak-kanak pula.

Menurut Faiz lagi, drama yang dirancang itu berkonsepkan muzikal kanak-kanak sebanyak 13 episod yang dijangka memulakan rakamannya Januari nanti.


Semua 10 peserta yang menyertai pertandingan ini ialah Syafienaz Shari, 11; Muhamad Fhazrill Fesol, 11; Khor Bin Sam, 12; Nurul Ain Sollehah, 11 dan Muhammad Azzammuddin, 12.

Tidak ketinggalan peserta lain termasuklah Noranajihah Yunus, 12; Mohd. Farid, 12; Nurul Natasha Jaffri, 11; Siti Amirah Dayana, 10, dan Zur’Ain Abdul Rahim, 12.

p/s: sumber dari syoknyer.com

;;
Related Posts with Thumbnails